Thursday, 19 June 2014

Di sebalik kisah :: Kem Gegar Anak Remaja

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil menyanyi lagu
Ketakutan hari-hari

Anak-anak kitakah
Yang memikul beban
kesilapan kita hingga tidak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri
Selamatkah anak kita 
Dari padang jerangkap samar
Selamatkah anak kita.....

Barangkali... lirik lagu Anak-anak kita nyanyian M.Nasir... boleh kita fikir-fikirkan.... 
Hari ini, anak-anak ini telah kongsikan tentang pembabitan mereka. Kenapa dan mengapa mereka mengambil benda-benda ini. Apakah salahnya kita? Hingga ini semua berlaku. Adakah salah kita hingga mereka tidak mengenal? Mari kita cakna mereka.....

Kata mereka.....
Kawan yang membawa mereka ke jalan yang mereka tidak sangka keseronokkannya hanya sementara..
Kata mereka...
Kawan telah memperdayakan mereka...
Kata mereka...
Kawan itu penting dan bermakna masakan mahu dihampakan dengan pelawaan mereka berkali-kali
Masakan hati tidak berdetik bila tiap kali di pelawa secara free
Kata mereka....
Bila mereka dah merasa..
Buat badan rasa sasa
Mata segar hilang rasa letih dan gusar
Itu kata mereka...
Mereka juga kata...
Benda itu juga bila tak diambil
buat hati berdebar-debar
Peluh dan marah tanpa arah
Degup jantung deras memerah darah
Bahaya yang pastinya tidak pernah mereka sedar
Fikirkan semula
jalan mana harus anda pilih
bahagia mahupun derita...
Kembali laa
Pilih jalanmu ...



Perkongsian Cerita benar tentang pengambilan Pil Kuda

Perkongsian cerita benar: Insaf dan kembali ke jalan bahagia.

KEM GEGAR ANAK REMAJA

KUANTAN,18 JUN 2014, Kem Gegar Anak Remaja adalah merupakan anjuran Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan telah diadakan di Kem Chengal, Taman Pertanian Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan Pahang. Seramai 40 orang peserta lelaki dari sekolah-sekolah daerah Kuantan yang terpilih, dan 15 orang fasilitator di kalangan guru dan juga pegawai AADK. Kem berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 18 Jun 2014 dan berakhir pada 20 Jun 2014.

Pendaftaran peserta

Taklimat ringkas berkumpulan berdasarkan sekolah

Pendaftaran untuk checking urine test


Peserta juga perlu menjalani peperiksaan beg dan juga badan







Thursday, 12 June 2014

G16..

Gambar kenangan G16 : yang terdiri
8 orang Guru SK Menengah dan 8 orang Guru SK Rendah Daerah Kuantan


Nampak gayanya akan ada perubahan terutama 2 orang G16 dari Sekolah Menengah keluar dari carta... hikhikhik... Cikgu Tai yang kini menyambung pelajaran ke peringkat PhD di UKM, Cikgu Nasa yang keluar carta juga atas sebab-sebab yang lain. Jadi akan ada penggantian dalam jawatankuasa G16.... nanti kita bergambar bersama kembali.... 

Apa pun jawatankuasa sebelum ini adalah terbaik.... semoga usahasama dan semangat juang akan diteruskan dengan pelbagai lagi kejayaan di peringkat daerah dan juga negeri... chaiyokkk G16....

Permainan yang boleh direka di sekolah....
Idea ini boleh dikaitkan dengan PPDa... antaranya :-


Dam / Chees

Dam Ular

Mungkin anda ada idea yang lebih menarik. Jadi hasilkan lah di sekolah masing-masing yea....
Antara mural - mural yang menarik...

Mungkin ini boleh menjadi ilham kepada anda untuk dilukis di wall di dinding-dinding sekolah anda... bukan saja mencantikkan dinding dengan tetapi menyampaikan mesej yang disampaikan secara tidak langsung ini...

Mural ini dilukis di dinding berdekatan dengan kantin sekolah.

Mural ini dilukis di tepi dinding kelas.

Mural dilukis wall tangga.

Mural di lukis di bahagian tepi makmal

Mural di bahagian tepi makmal.

Mural ini di lukis di siling 

Mural di siling

Mural di siling


Mural di tepi kelas

Mural di bilik sakit


Monday, 9 June 2014

Psssst..... mai dekat sikit... nak gossip ni... eceh2...korang ni kalau bab gossip bukan kemain lagi yea... ahaks... Just nak sharing cerita ... bukan gossip tau... yealah orang kata benda yang baik jika disebar-sebarkan akan mendapat keberkatan jika dikongsi-kongsikan dan menjadi trend ikutan... wahh apa tu yea...

Ok sepanjang, pengalaman benchmark ke Temerloh dan Maran pada 27 Mei 2014 yang lepas.... ( maaf lambat update ) Sekolah pertama yang disinggah... SMK Seri Jengka... salah sebuah sekolah menengah integrasi jika tak silap... anak-anak di sini mcm tak ramai... kemungkinan pada yang sama mereka banyak program yang ada... begitu sopan sekali anak-anak di sini... sentiasa melerik senyum... Kami di sambut dengan begitu meriah, permulaan majlis dimulakan dengan selawat nabi...hmm ini yang jarang-jarang sekali kita tenguk kan... Bila pengerusi mengumunkan untuk GPKnya berucap kata-kata aluan, turut juga alunan selawat mengiringi beliau hingga ke tempat pengucapan. Bagi saya ... ini sangat menarik...

Pelajar yang juga pengawas PPDa berselawat sebelum majlis bermula dan berakhir.

Hah kenal tak korang??? Siapa dia ni? 
Salah seorang Qari . Namun tahun ni dia gagal untuk mara ke peringkat akhir.

Ok.... cukup nanti saya sharekan lagi citer yea..... :D



TAHNIAH !!! Diucapkan kepada semua sekolah yang masuk bertanding dalam pertandingan Peringkat Daerah bagi Pertandingan Laluan PPDa dan juga Pertandingan Bilik PPDa.

TAHNIAH dan SYABAS...!!! 

Pertandingan Laluan PPDa telah dimenangi oleh ....jeng, jeng, jeng...

JOHAN : SK RTP Bukit Goh, Kuantan
NAIB JOHAN : SK Pelabuhan, Kuantan
Ketiga : SK Pandan, Kuantan


Bagi Pertandingan Bilik PPDa telah dimenangi oleh .... jeng jeng jeng

JOHAN : SK Tunku Azizah
NAIB JOHAN : SK Wira
KETIGA : SK Pengkalan Tentera


TAHNIAH sekali lagi buat SK RTP Bukit Goh, kerana akan mewakili Peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Laluan PPDa. Sama-sama kita doakan agar SK RTP Bukit Goh mendapat tempat di peringkat Kebangsaan nanti. Kita bawa Kuantan ke peringkat Kebangsaan ... 
Hogah Pahang Hogah.. aiks...silap ke...
27 Mei 2014 :: Selasa Alhamdulilah sekali lagi lawatan penanda aras ke Maran dan Temerloh - SMK Seri Jengka bagi Daerah Maran dan seterusnya SMK Temerloh Jaya bagi Daerah Temerloh. Lawatan kali ini telah banyak memberi input dan idea bagi peserta-peserta yang mengikut program benchmark pada kali ini. Kehangatan mula terasa, debaran mula di dada, tatkala pembangkit semangat mula menghangatkan suasana. Jommm bangkit Daerah Kuantan... bangkit dengan semangat.... lelebih lagi Johan negeri bagi pertandingan Lorong PPDa telah dimenangi SK RTP Bukit Goh.... !!! Yeahhh.... Kuantan Sentiasa Mesti Di Hadapan..:)

Thursday, 20 February 2014

Ujian Urine terhadap pelajar-pelajar daerah Kuantan telah dijalankan awal pada tahun ini. Terdapat penurunan terhadap positif dadah. Tahniah kepada semua sekolah-sekolah yang telah berjaya menurunkan kadar urine positif dengan mengadakan pelbagai program Pendidikan Pencegahan Dadah...





Kebanyakan pelajar yang urine positif didapati daripada pil kuda dan juga sabu.

Wednesday, 12 February 2014

Seminar Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah 2014




Buat julung-julung kalinya, Seminar Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah 2014, khusus untuk Setiausaha PPDa sekolah menengah dan rendah Daerah Kuantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UTC Kuantan. Bilik yang begitu eksklusif telah dapat diadakan di sini. Jawatankuasa G16 telah berkerjasama dalam menyediakan beberapa dokumentasi dan juga melancarkan program pada kali ini. 



Dalam majlis tersebut , PKD, En Lukman Nur Hakim B Nor telah memberi  menjemput En Mohd Asri B Mohd Yusoff, sebagai wakil Tuan PPD yang tidak dapat hadir atas urusan lain, memberi ucaptama. Di seminar ini juga, En Wan Azan B Wan Jaafar dari JPNP telah ceramah memberikan tip-tips serta bagaimana penyediaan untuk laluan PPDa dan juga bilik. 

En Wan Azan B Wan Jaafar menerima saguhati dari PKD En Lukman Nur Hakim Nor


Puan Juliza dari Pegawai Kesihatan 

Seminar kali ini juga, peserta telah menerima input tentang mengenali ubat, telah disampaikan Puan Juliza, pengawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Negeri Pahang.  Peserta telah mendapat pelbagai input tentang ubat-ubat dan pengambilannya secara betul. 


Peserta juga telah diberi peluang untuk bersoal jawab tentang penyalahgunaan ubat-ubat terlarang serta merbahayakan keselamatan dan kesihatan. 

Eksklusif : peserta kursus kali ini telah dapat berseminar di tempat yang selesa dan berhawa dingin.